Saturday, February 5, 2011

Ceritera Kisah Kehidupan MBC

Ceritera Kisah Kehidupan MBC (6 Februari 2011, Mendung)

Memang sudah lama saya telah tidak menatap laman ini dimana kebiasaannya saya akan menulis segala isi hati serta perasaan ku pada setiap hari. Tapi apakah daya, sebab hari-hari sebelum ini telah berlaku banyak peristiwa tidak kira sama ada peristiwa yang gembira mahupun peristiwa yang menyedihkan. Dari saya telah mendapat tahu mengenai cerita tentang kehadiran anak saudara angkat yang bakal akan wujud didunia ini sehingga saya telah dimasukkan wad, semuanya berlaku atas dasar secara tidak sengaja ataupun dalam kata yang lain semuanya telah ditentukan oleh Ilahi. Hanya Tuhan yang maha mengetahui saja tahu dengan apa yang sedang berlaku disini.

Seperti hari ini, ada perkara yang manis serta dengan perkara sedih telah berlaku pada hari ini. Kenangan manis yang saya katakan ialah dimana saya dapat meluangkan masa saya dengan beberapa ahli rakan untuk perjumpaan Tahun Baru Cina ini. Pelbagai aktiviti telah saya lakukan bersama sahabat handai saya disini. Dari saat kita berjenaka sehingga kita keluar minum di kafe telah memberi saya satu detik dimana saya tidak perlu memikirkan segala masalah-masalah yang saya hadapi untuk sementara waktu. 

Tetapi disebalik kenangan manis yang saya telah hadapi disini, saya juga telah mengalami saat sedih dimana saya telah mendapat satu berita yang menyatakan bahawa kemungkinan dia akan meninggalkan negara ini kerana dia telah ditawarkan untuk bekerja di negara orang. Apabila saya mendapat berita tersebut, hatiku betul telah merasa bahawa saya bakal akan kehilangan kawan ini untuk buat satu masa yang panjang dan secara tidak langsung saya dapat merasa perasaan untuk menjadi keseorangan ini kerana dia satu-satunya kawan baik saya semenjak dari kecil. Dan pada waktu yang sama hari ini dia telah meluahkan segala kesedihan yang dia alami dimana dia telah menyuarakan segala aduan yang telah disuarakan oleh ahli keluarga.

Nampak sangat berpandukan aduan yang telah dia kemukakan pada saya dan juga Ah Yong aunty, ia telah menunjukkan bahawa dia memang seorang yang sayangkan keluarga. Pelbagai cara yang telah dia lakukan untuk menjaga keadaan keluarga tetapi apakah daya tiada dari seorang ahli keluarga dia yang pernah memberi dia satu semangat ataupun kata-kata perangsang untuk dia.

Disini saya betul-betul menyanjung sahabat saya disini atas segala jasa dan juga pengorbanan yang telah dia curahkan pada ahli keluarga dia. Dia bukan sahaja telah menjadi seorang anak yang bertanggungjawab dan juga hormat pada kedua ibu bapa dia, malah dia telah menjadi seorang adik dan juga pak cik yang menghormati segala keputusan yang telah ditetapkan oleh ahli keluarga dia