Monday, September 12, 2011

Pengajaran Hidup Yang Tidak Ternilai

Tidak daku percaya yang masa berlalu dengan pantasnya tanpa saya sedari apa yang saya telah lakukan disini sejak masa telah meninggalkan dunia yang penuh dengan tragedi ataupun detik yang telah berlaku

 Dan tanpa saya sedari, akhirnya saya akan kembali ke negara sendiri untuk meneruskan detik hidup saya disini. Walaupun ianya bukan masa yang lama saya telah menetap di negara orang, sekurang-kurangnya saya disini telah mempelajari sesuatu yang amat berharga bukan sahaja mengenai dengan cara saya membawa diri apabila berada di negara orang bahkan secara tidak langsung, saya disini telah mempelajari tentang bagaimana saya boleh menjadi seorang insan yang bukan hanya setakat memikirkan tentang hanya wang dapat menyelesaikan sebarang masalah, dimana saya tahu bahawa dalam kehidupan nilai-nilai murni merupakan salah satu aspek utama dalam orang lain memikirkan tentang sikap serta perwatakan kamu disini

Dan selepas saya mengepos blog ini, saya tahu bahawa pelbagai cabaran hidup yang bakal saya hadapi ketika berada di Malaysia. Doa saya kepada semua orang yang telah menjaga saya serta telah memberi saya panduan ketika daku berada di negara orang, saya seikhlasnya ingin mengucapkan jutaan terima kasih atas segala saat-saat manis yang anda semua telah berikan kepada saya disini. Tanpa anda samua saya tidak mungkin akan berjaya mengharungi segala pahit manis kehidupan di negara ini

Maraming salamat po....

Thursday, September 8, 2011

Kepercayaan

Ramai diantara kamu mungkin akan tertanya-tanya sebab kenapa saya menulis blog sedemikian. Saya berharap agar kamu semua tidak membawa satu perspektif yang buruk yang mana menyatakan sebab utama saya menulis blog-blog sedemikian.

Tujuan saya menulis blog sedemikian adalah supaya dapat memberi kita satu pengajaran maupun sebagai pedoman hidup kita disini

Al-kisahnya begini, sejak kebelakangan ini apabila saya sedang mengembara hidup ku yang berada di negara orang, saya mendapati bahawa pelbagai kejadian aneh yang telah berlaku. Dari setiap janji-janji manis yang kawan ku telah berikan kepada saya sehinggalah berlakunya kisah dimana rakan-rakan saya membelot saya dengan pelbagai cara

Dan yang paling menyakitkan hati saya disini ialah apabila saya telah melakukan yang terbaik disini dan mereka memberitahu saya yang saya melakukan semua ini hanyalah untuk menunjukkan kepada semua orang yang saya ni sempurna dan juga berlagak sombong. Dan yang paling teruk ialah mereka menyiasat asal usul kehidupan saya dan apabila saya tanya mereka sebab mereka melakukan perkara sedemikian mereka hanya mendiamkan diri

Kadang-kala saya disini memikirkan adakah kepercayaan ini masih lagi wujud di dunia ini sehinggakan ramai orang memberikan saya kata-kata cemuhan yang menyakitkan hati saya serta telah menjejaskan emosi saya disini.

Apa yang saya boleh katakan disini ialah hanya Tuhan yang Mengetahui yang akan menentukan semua ini. Dan saya disini tidak akan mengambil sebagai dendam dan saya akan menerima hakikat ini dengan hati yang terbuka walaupun hati saya telah dilukai dengan kata-kata yang tidak sedap didengar dan juga saya menerima setiap perkara yang terjadi ini sebgai satu pengajaran agar berhati-hati apabila membuat sesuatu dan juga perlu berhati-hati apabila memilih kawan