Ceritera Kisah Kehidupan MBC (2 Januari 2011, Cerah)
Masa sekarang ini memang berlalu dengan pantas dan tanpa saya sedari ia sudah hari kedua untuk tahun 2011 dan buat masa ini saya masih belum lagi memulakan misi saya seperti apa yang saya telah rancangkan. Tapi hari ini bagi saya ia adalah hari yang mana saya telah menimba ilmu yang banyak dan pada waktu yang sama saya telah mengetahui apa yang dimaksudkan oleh kasih sayang
Sebab kenapa saya cakap mengapa saya tahu mengenai kasih sayang dengan lebih lanjut ialah hari ini saya telah pergi ke sebuag kafeteria yang terletak di ibu kota. Dalam tidak sedar, otak saya ingin mengidam untuk membaca buku yang mereka ada di kafeteria tersebut. Tanpa membuang masa saya dengan rela hati ku mengambil salah satu buku yang berada dirak buku tersebut.
Dengan rasa gembira dan juga tidak mempedulikan apa yang sedang berlaku di persekitaran saya, saya telah membelek buku tersebut dan salah satu isi kandungan yang tertera dalam buku tersebut ialah menyatakan sebuah persatuan dimana persatuan ini sanggup menolong dan mencurah kasih sayang mereka untuk membantu insan yang serba kekurangan dalam hidup (Kelengkapan rumah yang tidak sempurna, Pasangan yang menghidap penyakit Aids, dsb)
Selepas saya selesai membaca buku tersebut, tiba-tiba naluri dan gerak hatiku mula memberi saya satu persoalan ini. Adakah di dunia kita masih ada kasih sayang? Adakah kasih sayang ini masih lagi wujud di dunia kini yang penuh dengan cabaran hidup dan juga penuh dengan suka duka kehidupan ini. Selepas itu persoalan ini telah dijawab oleh Tuhan yang Maha Mengetahui. Rupa-rupanya kasih sayang ini masih lagi wujud. Cuma tetapi disebabkan oleh pelbagai kejadian dan juga peristiwa yang telah berlaku bukan sahaja di Malaysia maka di seluruh dunia seperti peperangan dan juga isu politik, ia hampir membutakan saya.
Syukur Tuhan, segala kejadian ini Tuhan masih lagi memberi saya satu pandangan dan juga perspektif tentang kebaikan yang ada didunia ini. Dan disebabkan oleh perkara ini, saya mula menyedari tentang tidak kira kita berada dimana, siapa kita dan juga agama kita, kita tidak seharusnya mempunyai satu pandangan tentang sesuatu isu tersebut. Dan seperti kita tahu, kita seharusnya mempunyai pandangan yang jauh .
hi kenneth,
ReplyDeletetahniah atas blog anda.. permulaan yg bagus..
ye, kasih sayang itu di mana2...
InsyaAllah kn...
warna n background blog kita sama jer.. hehehe.. i ajar u ke? hehehe..
ReplyDelete