Ceritera Kisah Kehidupan MBC (4 Januari 2011, Hujan)
Hari ini hati dan emosi saya tidaklah seceria yang saya hadapi macam dulu. Sebab saya cakap begini adalah hari ini saya telah menelefon mak saya hanya untuk meluangkan masa dan juga ingin mengetahui apa yang sedang berlaku ( Tidak lupa juga bertanya khabar). Pada mulanya hati saya sangat gembira apabila dapat bercakap dengan mak saya.
Tetapi segala kegembiraan itu hanyalah kekal untuk sementara waktu kerana selepas saya meletakkan gagang telefon tersebut, hati saya tiba-tiba terkenangkan segala kisah-kisah kenangan manis dan pahit yang saya telah alami bersama ibu saya.
Dari masa saya kena heret naik kereta balik rumah ke masa saya ditinggalkan oleh keputusan yang ibu saya buat, Kotak fikiranku masih lagi masih segar dan tidak sampai 10 minit, hati saya terus rasa sebak dan secara tidak langsung air mataku mula berlinang bagai hujan menitis ke tanah bumi ini.
Saya tahu ia tidak akan berkesan jika saya hanya mampu mengalir air mata kerana mengalir air mata ini tidak dapat mengubah kembali kenangan zaman silam yang telah lama tercipta ini. Apa yang saya mampu buat masa ini ialah banyakkan berdoa dan menghadapi cabaran hidup yang sedang menanti saya disini.
Wahai bondaku, anakanda akan sentiasa menghormati dan mengasihi mu
No comments:
Post a Comment